Wednesday, 19 February 2014
Friday, 14 February 2014
Saturday, 8 February 2014
Hari ini lebih baik dari semalam.
Hari ini,
dia menyatakan hasratnya.
Oh, syukur tak terkira
stevia ingin untuk ke arah yang lebih baik!
dia menyatakan hasratnya.
Oh, syukur tak terkira
stevia ingin untuk ke arah yang lebih baik!
Friday, 31 January 2014
Dia adalah Stevia
stevia,
secara semulajadi memaniskan
manisnya berkali ganda dari gula
manis yang tak memudaratkan
dia ibarat stevia
sifatnya manis
karektornya
tingkah lakunya
senyumnya
tutur katanya
lebih manis dari insan biasa
kehadirannya
memaniskan hidupku
Dalam perjalanan
-Kota Bharu, Kelantan-
secara semulajadi memaniskan
manisnya berkali ganda dari gula
manis yang tak memudaratkan
dia ibarat stevia
sifatnya manis
karektornya
tingkah lakunya
senyumnya
tutur katanya
lebih manis dari insan biasa
kehadirannya
memaniskan hidupku
Dalam perjalanan
-Kota Bharu, Kelantan-
Wednesday, 29 January 2014
Basikal.
Dua roda. Tanpa enjin. Hanya perlu kaki, tangan, penglihatan dan imbangan.
Dua roda ini dipanggil basikal. Orang kedah panggil gerek. Ada loghat lain panggil sepeda. Dan macam macam lagi lah.
Basikal ini amatlah simbolik. Punca perkenalan aku dan dia juga ditakdirkan oleh Allah SWT melalui satu event kayuhan amal. Kayuhan sempena penghargaan pahlawan Lahad Datu.
Aku buka balik sedikit sejarahnya, selama aku kayuh. Aku hanya kayuh, kayuh dan kayuh. Dengan izinNya, selepas habis kayuhan Pahlawan Lahad Datu itu, aku sedar akan aku asyik terpandang seseorang. Dari awal beratur hendak "flag off" sehinggalah sesi temubual bersama wartawan.
Dan... selepas detik itu, aku terjumpa lagi seseorang itu di laman sosial. Biasalah, lepas kayuh masing masing akan mencari gambar sendiri. Kami pun saling berkenalan.
Pada awal perkenalan dia agak jual mahal. Tapi aku pun tak kisah, sebab biasalah adat. Lama-kelamaan...
dari kawan biasa, menjadi luar biasa.
Untuk pengetahuan, gambar basikal di atas itu adalah sesi kayuhan sulung kami selepas kali terakhir kayuh di acara majlis yang sama. Dan juga itulah sesi kayuhan sulung kami sebagai pasangan pacaran. :)
Bukit Cerakah. Dating sambil riadah.
Langkah satu.
Dengan lafaz Bismilliah.
Satu malam, tanggal dua puluh lima januari dua ribu empat belas dia melafazkan impian.
Satu papan contengan lama aku telah terlupa passwordnya. Maka, terlahirlah papan baruku ini.
Tanggal dua puluh lima itu adalah saat ulang tahun kami bersepakat untuk bersama. *Indah*
Makanya, bermula selepas entri ini.. akan lahir entri-entri yang akan datang.
Makanya, bermula selepas entri ini.. akan lahir entri-entri yang akan datang.
Dedikasiku untuknya. Dialah tunanganku. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

