Wednesday, 29 January 2014

Basikal.



Dua roda. Tanpa enjin. Hanya perlu kaki, tangan, penglihatan dan imbangan.


Dua roda ini dipanggil basikal. Orang kedah panggil gerek. Ada loghat lain panggil sepeda. Dan macam macam lagi lah.

Basikal ini amatlah simbolik. Punca perkenalan aku dan dia juga ditakdirkan oleh Allah SWT melalui satu event kayuhan amal. Kayuhan sempena penghargaan pahlawan Lahad Datu.


Aku buka balik sedikit sejarahnya, selama aku kayuh. Aku hanya kayuh, kayuh dan kayuh. Dengan izinNya, selepas habis kayuhan Pahlawan Lahad Datu itu, aku sedar akan aku asyik terpandang seseorang. Dari awal beratur hendak "flag off" sehinggalah sesi temubual bersama wartawan.

Dan... selepas detik itu, aku terjumpa lagi seseorang itu di laman sosial. Biasalah, lepas kayuh masing masing akan mencari gambar sendiri. Kami pun saling berkenalan.


Pada awal perkenalan dia agak jual mahal. Tapi aku pun tak kisah, sebab biasalah adat. Lama-kelamaan...
dari kawan biasa, menjadi luar biasa.

Untuk pengetahuan, gambar basikal di atas itu adalah sesi kayuhan sulung kami selepas kali terakhir kayuh di acara majlis yang sama. Dan juga itulah sesi kayuhan sulung kami sebagai pasangan pacaran. :)


Bukit Cerakah. Dating sambil riadah.


No comments:

Post a Comment